Yang berhormat, Dr bibi Jan Md Ayyub Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura Yang dimuliakan, Guru-guru dan ibu bapa, Yang dihormati, Rakan-rakan seperjuangan Yang amat dikasihi, Para pelajar sekalian Assalamualaikum Wr Wb, Bunyi guntur sebagai tanda, Hujan melanda Kuala Perlis; Pantun ditutur sebagai tanda, Untuk hamba mulakan majlis. 1Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Perkhemahan Pantun ini merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh Program Bahasa Pilihan Melayu atau lebih dikenali sebagai MLEP dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dan disokong oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). 2Tahun ini merupakan kali pertama Maktab Rendah Tampines menganjurkan perkhemahan sebegini. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah kamikhususkan buat para pelajar sekolah rendah selain acara Pertandingan Blogging yang berlangsung pada bulan Ogos tahun lalu. Alhamdullilah, sambutan yang diterima untuk perkhemahan ini amat menggalakkan.Pada hari ini sahaja kami mendapat penyertaan daripada hampir 100 pelajar dari pelbagai sekolah rendah dari merata Singapura. 3Idea untuk menganjurkan Perkhemahan Pantun ini sebernarnya disarankan oleh para pelajar MLEP sendiri. Kami sering mencari wadah yang menarik lagi kreatif untuk melestarikan Bahasa Melayu. Perkhemahan Pantun adalah hasil usaha para pelajar MLEP dari kohort 2005 hingga 2008 yang telah sama-sama berganding bahu dalam proses perbincangan dan penyelenggaraan. 4Antara tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk mendedahkan generasi muda kepada pantun Melayu supaya ia tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.Di samping itu, kami juga berharap adik-adik sekalian dapat menjalin dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain menerusi pelbagai acara menarik yang bakal dikendalikan seperti Permainan ala ”Amazing Race” dan juga sesi berbalas pantun. Justeru itu, saya amat menggalakkan adik-adik sekalian untuk turut serta dalam setiap acara dan menyumbang tenaga serta fikiran masing-masing secara aktif. 5Di akhir perkhemahan ini, saya berharap para peserta dapat menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat mengenai pantun dan dapat menerapkannya dalam kehidupan seharian baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Selain itu, saya berharap persahabatan yang terjalin tidak akan berhenti di sini sahaja. Begitu juga dengan usaha kita melestarikan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. 6Bagi pihak jawatankuasa Perkhemahan Pantun 2009 dan MLEP TPJC, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KGMS dan MLLPC kerana telah menaja segala cenderamata, jamuan, dan perbelanjaan bagi majlis ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta perkhemahan pantun 2009, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama menjayakan majlis pada hari ini.Saya akhiri dengan serangkap pantun. Anak ayam di padang rumput, Di padang rumput disambar helang; Sumbangan tuan takkan luput, Dalam hati takkan hilang. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Wr Wb.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
Yang dimuliakan,
Guru-guru dan ibu bapa,
Yang dihormati,
Rakan-rakan seperjuangan
Yang amat dikasihi,
Para pelajar sekalian
Assalamualaikum Wr Wb,
Bunyi guntur sebagai tanda,
Hujan melanda Kuala Perlis;
Pantun ditutur sebagai tanda,
Untuk hamba mulakan majlis.
1 Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Perkhemahan Pantun ini merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh Program Bahasa Pilihan Melayu atau lebih dikenali sebagai MLEP dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dan disokong oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
2 Tahun ini merupakan kali pertama Maktab Rendah Tampines menganjurkan perkhemahan sebegini. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah kami khususkan buat para pelajar sekolah rendah selain acara Pertandingan Blogging yang berlangsung pada bulan Ogos tahun lalu. Alhamdullilah, sambutan yang diterima untuk perkhemahan ini amat menggalakkan. Pada hari ini sahaja kami mendapat penyertaan daripada hampir 100 pelajar dari pelbagai sekolah rendah dari merata Singapura.
3 Idea untuk menganjurkan Perkhemahan Pantun ini sebernarnya disarankan oleh para pelajar MLEP sendiri. Kami sering mencari wadah yang menarik lagi kreatif untuk melestarikan Bahasa Melayu. Perkhemahan Pantun adalah hasil usaha para pelajar MLEP dari kohort 2005 hingga 2008 yang telah sama-sama berganding bahu dalam proses perbincangan dan penyelenggaraan.
4 Antara tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk mendedahkan generasi muda kepada pantun Melayu supaya ia tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Di samping itu, kami juga berharap adik-adik sekalian dapat menjalin dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain menerusi pelbagai acara menarik yang bakal dikendalikan seperti Permainan ala ”Amazing Race” dan juga sesi berbalas pantun. Justeru itu, saya amat menggalakkan adik-adik sekalian untuk turut serta dalam setiap acara dan menyumbang tenaga serta fikiran masing-masing secara aktif.
5 Di akhir perkhemahan ini, saya berharap para peserta dapat menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat mengenai pantun dan dapat menerapkannya dalam kehidupan seharian baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Selain itu, saya berharap persahabatan yang terjalin tidak akan berhenti di sini sahaja. Begitu juga dengan usaha kita melestarikan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
6 Bagi pihak jawatankuasa Perkhemahan Pantun 2009 dan MLEP TPJC, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KGMS dan MLLPC kerana telah menaja segala cenderamata, jamuan, dan perbelanjaan bagi majlis ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta perkhemahan pantun 2009, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama menjayakan majlis pada hari ini. Saya akhiri dengan serangkap pantun.
Anak ayam di padang rumput,
Di padang rumput disambar helang;
Sumbangan tuan takkan luput,
Dalam hati takkan hilang.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Wr Wb.